PENGUMUMAN

Peperiksaan Percubaan UPSR akan bermula pada 23 Julai 2012 - Selamat Menempuh Peperiksaan, semoga berjaya

Wednesday, 9 November 2011

Selamat Bercuti & Tugasan

Salam warga pendidik..
Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum kalendar persekolahan akan berakhir. Suka duka sesi persekolahan 2011 dijadikan pedoman dan iktibar untuk kita baiki bagi menempuh sesi persekolahan yang akan datang.. Semoga kita dapat bertemu lagi pada sesi persekolahan 2012 nanti.

Guru-guru SKAH boleh merujuk jadual bertugas sepanjang cuti melalui link di bawah;
:.jadual bertugas

Saturday, 1 October 2011

Perkhemahan Perdana 2011





Salam warga pendidik SKAH..

Pada 29/09/2011-1/10/2011 Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam telah mengadakan perkhemahan perdana unit beruniform. Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua guru memberikan komitment yang baik bagi menjayakan aktiviti ini.

Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada Cikgu Azhar bin Aziz selaku PK Kokurikulum khususnya dan warga SKAH amnya krn telah berjaya mengelolakan perkhemahan ini.

Tahniah semua...

Tuesday, 13 September 2011

Monday, 15 August 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan.

Gambar-gambar sempena sambutan.
Sambutan ini hanya perasmian sahaja, dan akan dilanjutkan sehingga 16 September nnt. Pelbagai acara dan program akan dilaksanakan kelak sempena sambutan ini.







Kursus Pembinaan Item





Salam,
Sk.Ayer Hitam Sabtu lalu telah mengadakan kursus kepada guru-guru yang bertajuk "Implikasi Kesalahan Tatabahasa Dalam Pembinaan Item".
Keseluruhan kursus ini banyak memberikan input yang berguna kepada guru-guru dalam pembinaan soalan yang berkualiti kepda murid-muridnya di sekolah. Semoga berjaya!

Sunday, 7 August 2011

LDP: Implikasi Kesalahan Tatabahasa dalam Pembinaan Item

Salam Warga Pendidik..

Pengumuman:
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 13 Ogos 2011 (Sabtu)

Masa  : 9.00 pg - 1.00 tgh hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Ayer Hitam
Tajuk  : Implikasi Kesalahan Tatabahasa dalam Pembinaan Item
Penceramah : Pensyarah IPDA

Sehubungan itu, guru Sk Ayer Hitam dikehendaki hadir mengikuti kursus yg akan dijalankan ini. Kerjasama tuan puan diucapkan ribuan terima kasih, semoga kursus ini memberi input berguna demi mempertingkatkan profesion keguruan.

link
::. Surat Jemputan

Ujian Penilaian Ke-2

Salam Warga Pendidik
Pada minggu hadapan (15 Ogos - 17 Ogos 2011) ujian penilaian ke-2 akan diadakan bagi Sk Ayer Hitam. Diharapkan semua guru dan murid bersedia bagi tujuan tersebut. Selamat berjaya !

Jadual Ujian Penilaian ke- 2

Sunday, 17 July 2011

Kejohanan Balapan & Padang

Salam warga pendidik..
Pada 13 Julai 2011 Sk.Ayer Hitam telah berjaya melaksanakan Kejohanan Balapan & Padang yang berlangsung dengan meriahnya. Segala komitment guru amat dikagumi kerana masing-masing telah menjalankan tugas masing-masing demi menjayakan temasya sukan yg hanya diadakan setiap setahun sekali.
Selain itu, temasya ini dapat melahirkan bakat-bakat baru yg selama ini terpendam dalam diri murid-murid kita. Semoga segala usaha kita diberkati dan membuahkan hasil demi melahirkan murid yg seimbangjasmani dan rohani...





















Sunday, 10 July 2011

Kejohanan Sukantara SKAH 2011

Salam warga pendidik.. Hari ini telah berlangsung kejohanan sukantara tahunan 2011 berlangsung dengan jayanya. Diharapkan kerjasama guru-guru dapat diteruskan pada tahun mendatang agar segala misi dan visi sekolah dapat dicapai dengan jayanya.








Saturday, 25 June 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan



Salam Warga SKAH..
Sekolah akan mengadakan satu bengkel LDP yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Julai 2011
Masa : 2.15 ptg - 5.00 ptg
Tempat : PKG Ayer Hitam
Tajuk : Strategi Pemantapan dalam PnP dan Book Review
Penceramah : En Shaheran bin Saari & Ustaz Bashir Auni bin Md Akhir

"Semua Warga Sekolah Di Wajibkan Hadir"


1. Surat Panggilan Kursus
2. Ahli Jawatankuasa

Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland

Salam warga pendidik..
Pada 17 Jun lepas, Sk Ayer Hitam di bawah unit sukan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Selain itu lawatan ini bertujuan meraikan kejayaan atlet-atlet yang telah mengharumkan nama sekolah ke peringkat daerah dan kebangsaan. Lawatan berakhir pada Sabtu 18 Jun 2011..






Wednesday, 25 May 2011

Selamat Bercuti

Salam,
Kepada guru-guru Sk.Ayer Hitam, selamat  bercuti diucapkan semoga warga SKAH dapat bertemu selepas cuti nanti. Jangan lupa datang untuk bertugas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.


Adious..

Monday, 23 May 2011

Sambutan hari Guru 2011

Hari guru datang lagi,,begitulah rutin setiap tahun merupakan hari yg ditunggu-tunggu oleh para guru seluruh negara.. Pada 16 Mei 2011 Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.






Acara kemuncak-potong kek









Begitula perkongsian yg dapat dikongsi untuk tatapan umum,sememangnya diharapkan pada tahun depan sambutannya lebih bermakna lagi..